Teman-teman

Friday 28 October 2011

26/10/2011

Saya gembira pada tarikh itu! :)

Mengapa?


Kisah 1:

"Ikan ni berapa ringgit?" tanya saya
"Rm6.00. Tapi saya bg kurang lagi. jadi RM5.50", kata penjual
"Tapi saya mahu Rm5.00 je.. blh ke?" pancing saya.
"ok la..ok la... RM 5.00," jawabnya.

Saya hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah


Kisah 2:
"Daging setengah sekilo berapa ringgit?' tanya saya.
"RM6.50," jawab penjual.
"Kalau saya mahu RM6.00 aje?"tanya saya
"boleh," kata penjual sambil tersenyum :)

sekali lagi saya tersenyum. Alhamdullillah..


Kisah 3: 

"semua barang yang awak beli RM 5.20," kata penjual
" Saya nak RM 5.00 je, " kata saya
"Boleh," katanya sambil tersenyum.

Saya hanya mampu tersenyum buat kesekian kalinya. Alhamdulillah..


Kisah 4:

"Adik.. rak kasut ni berapa ye?" tanya saya kepada staf tesco itu.
"Jap kak, saya cek"balasnya.
"RM 10.00 kak" jawabnya
"haa!? RM10.00?" Saya  terkejut. Harga asal ialah RM 20 hingga RM24.00.

Alhamdulilah.. summa alhamdulillah...


............................................................................................................................................................

Apabila pulang ke rumah, saya mula berfikir, merenung dan bermuhasabah. Rezeki saya begitu murah pada hari itu. Apa puncanya?

Walaupun hanya sedikit dapat saya kurangkan harganya, tetapi bagi saya ia amat bermakna. Pasti ada yang berkata. "alah..setakat 20-30 sen apalah sgt." Tetapi bila difikirkan jarang peniaga mahu kurangkan harga tambah2 harga barang yang tinggi nilainya.

Al-hasil, Lama juga saya berfikir, akhirnya saya temui jawapannya.. AURA SEDEKAH!

Saya menulis di sini bukanlah mahu mengatakan saya suka bersedekah atau dengan kata lain mahu berasa riak. Tidak! Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman dan rasa. Betapa ALLAH itu MAHA Pemurah. Jika kita memberi walau sedikit pasti akan dibalas berganda2.

Dengan sedekah, saya tidak pernah berharap untuk mendapat semula apa yang telah saya beri. Kecuali mendoakan agar saya sihat sentiasa. Dengan keadaan saya yang tidak menentu, SEDEKAH menjadi 'ubat' sampingan saya untuk kembali sihat.

Mudah-mudahan ALLAH menyihatkan saya semula. Insya-ALLAH.

Petua saya untuk memudahkan bersedekah, saya sering berkata begini kepada diri saya:

" SAYA ORANG KAYA, DUIT SAYA TERLALU BANYAK. 
SAYA PERLU BELANJA KAWAN-KAWAN SAYA"

Sebenarnya itu kata-kata Prof Muhaya. Saya cuba amalkannya dan terbukti saya berasa seronok bila dapat berbelanja kepada kawan atau sesiapa sahaja. Biar sedikit, tetapi saya enjoy! :)

Cubalah sekarang! Pasti anda juga akan rasa apa yang saya rasa. Yang penting jangan sekali-kali mengharapakan balasan. Insya-ALLAH, DIA akan memberi lebih apa yang kita perlukan!


P/S: Jika ingin kaya berniagalah dengan ALLAH sama ada melalui zakat atau sedekah!

Sunday 23 October 2011

: Tenggelam:

Bismillahirahmanirahim...


Entah mengapa pagi ini saya berasa tidak tenteram.

Lama berfikir... barulah saya sedar...  bahawa saya mulai 'tenggelam' dalam...........

Hati saya mula berkata-kata:

'Mengapa saya rasa tidak tenteram?'
'Mengapa saya tidak lagi berasa lapang seprti biasa?'
'Apakah yang telah saya lakukan?'


Pagi ini saya tidak mampu fokus untuk meneruskan kerja saya seperti biasa. Terbayang2 'mainan' yang saya lakukan itu. Sudah banyak kali rupanya... tapi mengapa saya masih tidak sedar?

Mata saya mula mengundang manik2 halus. Tubir mata mula terasa berat. Tapi saya cepat2 tepis agar tidak jatuh. Malu jika sahabat2 lain melihatnya. Ketika itu, saya mula berasa malu. Malu pada yang Esa.  Maafkan saya ya ALLAH... saya telah lalai... sesungguhnya saya cuba untuk menghindarinya. Namun adakalanya saya gagal.

Sehinggalah pada pagi ini hati saya dijentik dengan perasaan sayu dan berdosa! Ampunilah saya ya ALLAH.. saya gagal berjuang. Tetapi saya akan cuba bangkit semula. Biarlah saya tidak lagi dapat kecapi 'rasa itu' tapi saya tidak rela jika hidup saya KAU murkai. Di mana tempat saya bila KAU mula mengabaiakan saya.. :(

Emak... ayah.. maaf saya... saya lalai.. hanya doa emak sebagai kekuatan saya untuk terus mengharungi mehnah ini. Ya.. saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya yakin... ini adalah ujian buat saya.. cuma saya perlu kuat untuk menghadapainya.

Adakah ujian akan menjanjikan bahagia buat saya.YA! saya yakin.. rencana ALLAH itu lebih hebat daripada segalanya.. Tugas saya, hanya  menerima.

Saya juga yakin, sesat tidak bererti saya tidak akan menemui jalan pulang. Bahkan, saya akan berusaha untuk kembali semula.

Terima kasih ALLAH... jangan KAU palingkan hidayah ini setelah KAU berikan kepada ku...

Saya bersyukur pada hari ini kerana:

ALLAH telah 'menyelamatkan' saya
di kala saya hampir 'lemas'......


TERIMA KASIH ALLAH!

Thursday 6 October 2011

Itu Bukan Saya....

Betulkah saya :

1) G..........
2) T..........
3) K.........

Terima kasih Kepada yang menegur.....

Muhasabah plese...... N