Teman-teman

Friday 28 October 2011

26/10/2011

Saya gembira pada tarikh itu! :)

Mengapa?


Kisah 1:

"Ikan ni berapa ringgit?" tanya saya
"Rm6.00. Tapi saya bg kurang lagi. jadi RM5.50", kata penjual
"Tapi saya mahu Rm5.00 je.. blh ke?" pancing saya.
"ok la..ok la... RM 5.00," jawabnya.

Saya hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah


Kisah 2:
"Daging setengah sekilo berapa ringgit?' tanya saya.
"RM6.50," jawab penjual.
"Kalau saya mahu RM6.00 aje?"tanya saya
"boleh," kata penjual sambil tersenyum :)

sekali lagi saya tersenyum. Alhamdullillah..


Kisah 3: 

"semua barang yang awak beli RM 5.20," kata penjual
" Saya nak RM 5.00 je, " kata saya
"Boleh," katanya sambil tersenyum.

Saya hanya mampu tersenyum buat kesekian kalinya. Alhamdulillah..


Kisah 4:

"Adik.. rak kasut ni berapa ye?" tanya saya kepada staf tesco itu.
"Jap kak, saya cek"balasnya.
"RM 10.00 kak" jawabnya
"haa!? RM10.00?" Saya  terkejut. Harga asal ialah RM 20 hingga RM24.00.

Alhamdulilah.. summa alhamdulillah...


............................................................................................................................................................

Apabila pulang ke rumah, saya mula berfikir, merenung dan bermuhasabah. Rezeki saya begitu murah pada hari itu. Apa puncanya?

Walaupun hanya sedikit dapat saya kurangkan harganya, tetapi bagi saya ia amat bermakna. Pasti ada yang berkata. "alah..setakat 20-30 sen apalah sgt." Tetapi bila difikirkan jarang peniaga mahu kurangkan harga tambah2 harga barang yang tinggi nilainya.

Al-hasil, Lama juga saya berfikir, akhirnya saya temui jawapannya.. AURA SEDEKAH!

Saya menulis di sini bukanlah mahu mengatakan saya suka bersedekah atau dengan kata lain mahu berasa riak. Tidak! Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman dan rasa. Betapa ALLAH itu MAHA Pemurah. Jika kita memberi walau sedikit pasti akan dibalas berganda2.

Dengan sedekah, saya tidak pernah berharap untuk mendapat semula apa yang telah saya beri. Kecuali mendoakan agar saya sihat sentiasa. Dengan keadaan saya yang tidak menentu, SEDEKAH menjadi 'ubat' sampingan saya untuk kembali sihat.

Mudah-mudahan ALLAH menyihatkan saya semula. Insya-ALLAH.

Petua saya untuk memudahkan bersedekah, saya sering berkata begini kepada diri saya:

" SAYA ORANG KAYA, DUIT SAYA TERLALU BANYAK. 
SAYA PERLU BELANJA KAWAN-KAWAN SAYA"

Sebenarnya itu kata-kata Prof Muhaya. Saya cuba amalkannya dan terbukti saya berasa seronok bila dapat berbelanja kepada kawan atau sesiapa sahaja. Biar sedikit, tetapi saya enjoy! :)

Cubalah sekarang! Pasti anda juga akan rasa apa yang saya rasa. Yang penting jangan sekali-kali mengharapakan balasan. Insya-ALLAH, DIA akan memberi lebih apa yang kita perlukan!


P/S: Jika ingin kaya berniagalah dengan ALLAH sama ada melalui zakat atau sedekah!

No comments:

Post a Comment