Teman-teman

Thursday 17 May 2012

Rindu

Bismillahirahmanirahim...


Sudah sekian lama saya tidak menulis di sini..

entah kenapa.. dari malam tadi hati meronta-ronta untuk meluahkan rasa di hati.

sebenarnya... sudah lama saya merasakannya.. cuma tidak tertulis di sini..

yang tertulis... hanya di hati..


Saya ingin ke Haramain...


Sungguh... adakalanya ia menggamit rindu yang mengundang air mata..

Saya hanya mampu berdoa agar niat ini dimakbulkan dan cita-cita saya untuk ke sana tercapai..

insyaallah...


Rinduku..

Tuhanku.. aku rindu..
rindu yang adakalanya mengundang mutiara jernih..
aku kepingin bertemu kekasihmu di sana
walau yang kulihat hanyalah pembaringannya.
ingin kulafazkan doa di sana biar dimakbul apa yang dipinta.

Tuhan,
usah kau usir rindu ini 
kerna ia mendamaikan jiwa, menenangkan hati,
biarlah ia kekal di hati sehingga kaki menjejak ke sana

Tuhan,
Panjangkanlah umurku, tegarkanlah nafasku
kukuhkanlah cintaku
agar bisa kakiku melangkah keTanah Suci-MU
sebelum nafas ku terhenti...
 
 

Allahurabbi!

Monday 2 April 2012

-Semalam-

Mohon maaf cu..andai saya bisa mengguris perasaan anda.. segala kelakuan hanyalah semata-mata mengharapkan pujukan dan belai manja dari mu... maaf cu..

mohon dilupakan perkara yang lepas.. mari..kita doakan kebaikan untuk semua..

amin.

Sunday 12 February 2012

-Lau Kaa Na Bainana-

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu. 

Begitu indah alunan puji-pujian terhadap Rasulullah...
Alhamdulillah.. saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu yang diadakan di masjid as-syakirin, KLCC.. pertama kali menghadiri ilmu yang dipimpin oleh syeikh Habib Zainal membuatkan saya berasa tersentuh. Kuliah dimulakan dengan selawat kepada rasul dan diteruskan dengan sirah rasulullah.. 

Betapa agungnya baginda dan betapa sayangnya baginda terhadap kita. akhlaknya terlalu indah, bagaikan sukar untuk diikuti dalam keadaan dunia yang penuh pancaroba.. syukur... akhlaknya akan cuba diikuti walau apa jua yang berlaku..

Kala sedang mendengar kuliah, saya memandang hadirin yang hadir... tiba-tiba terdetik satu azam dalam hati saya.. mudah-mudahan Tuhan membantu saya untuk melaksankannya. Rasa sebak mula mengundang.. tika itu juga saya berasa kerdil dan terharu.. betapa saya ketinggalan jauh daripada mereka..

 Dari situ jugalah saya mula mengetahui tentang qasidah, burdah dan selawat puji2an terhadap baginda.. Terasa janggal dan kelu lidah untuk mengikuti bacaan yang tidak pernah bermain di bibir ini.. aduhai... betapa ruginya saya... bila dihayati makna qasidah yang dialunkan, betapa ia memuji rasulullah dan betapa ia menyentuh kalbu..

Insya-ALLAH, jika ada kelapangan saya akan bersama2 lagi ke situ.. 

lau kaana bai nana...

Wednesday 18 January 2012

~Tahun BAru~

Sudah lama saya tidak 'mengupdate' blog ni.. wah! Sudah bersawang-sawang nampaknya. Tahun baru ini saya mulakan dengan pelbagai azam baru.

Persoalananya, mampukah saya memenuhinya? Insya-ALLAH.

Esok lusa, saya akan berangkat pulang ke kampung. Kali pertama pulang ditemani teman sepejabat dan juga tokchu (acu). Mudah2an perjalanan saya dipermudahkan dan dilindungi daripada pelbagai musibah. Paling seronok, saya akan test drive Viva Tokchu saya..hehehe.. sebagai persediaan sebelum beli My Dream Car..kui kui kui :)

Allahummayassir walatuassir. Rabbi tammibilkhir.

Selamat Tahun Baru 2012!

Friday 28 October 2011

26/10/2011

Saya gembira pada tarikh itu! :)

Mengapa?


Kisah 1:

"Ikan ni berapa ringgit?" tanya saya
"Rm6.00. Tapi saya bg kurang lagi. jadi RM5.50", kata penjual
"Tapi saya mahu Rm5.00 je.. blh ke?" pancing saya.
"ok la..ok la... RM 5.00," jawabnya.

Saya hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah


Kisah 2:
"Daging setengah sekilo berapa ringgit?' tanya saya.
"RM6.50," jawab penjual.
"Kalau saya mahu RM6.00 aje?"tanya saya
"boleh," kata penjual sambil tersenyum :)

sekali lagi saya tersenyum. Alhamdullillah..


Kisah 3: 

"semua barang yang awak beli RM 5.20," kata penjual
" Saya nak RM 5.00 je, " kata saya
"Boleh," katanya sambil tersenyum.

Saya hanya mampu tersenyum buat kesekian kalinya. Alhamdulillah..


Kisah 4:

"Adik.. rak kasut ni berapa ye?" tanya saya kepada staf tesco itu.
"Jap kak, saya cek"balasnya.
"RM 10.00 kak" jawabnya
"haa!? RM10.00?" Saya  terkejut. Harga asal ialah RM 20 hingga RM24.00.

Alhamdulilah.. summa alhamdulillah...


............................................................................................................................................................

Apabila pulang ke rumah, saya mula berfikir, merenung dan bermuhasabah. Rezeki saya begitu murah pada hari itu. Apa puncanya?

Walaupun hanya sedikit dapat saya kurangkan harganya, tetapi bagi saya ia amat bermakna. Pasti ada yang berkata. "alah..setakat 20-30 sen apalah sgt." Tetapi bila difikirkan jarang peniaga mahu kurangkan harga tambah2 harga barang yang tinggi nilainya.

Al-hasil, Lama juga saya berfikir, akhirnya saya temui jawapannya.. AURA SEDEKAH!

Saya menulis di sini bukanlah mahu mengatakan saya suka bersedekah atau dengan kata lain mahu berasa riak. Tidak! Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman dan rasa. Betapa ALLAH itu MAHA Pemurah. Jika kita memberi walau sedikit pasti akan dibalas berganda2.

Dengan sedekah, saya tidak pernah berharap untuk mendapat semula apa yang telah saya beri. Kecuali mendoakan agar saya sihat sentiasa. Dengan keadaan saya yang tidak menentu, SEDEKAH menjadi 'ubat' sampingan saya untuk kembali sihat.

Mudah-mudahan ALLAH menyihatkan saya semula. Insya-ALLAH.

Petua saya untuk memudahkan bersedekah, saya sering berkata begini kepada diri saya:

" SAYA ORANG KAYA, DUIT SAYA TERLALU BANYAK. 
SAYA PERLU BELANJA KAWAN-KAWAN SAYA"

Sebenarnya itu kata-kata Prof Muhaya. Saya cuba amalkannya dan terbukti saya berasa seronok bila dapat berbelanja kepada kawan atau sesiapa sahaja. Biar sedikit, tetapi saya enjoy! :)

Cubalah sekarang! Pasti anda juga akan rasa apa yang saya rasa. Yang penting jangan sekali-kali mengharapakan balasan. Insya-ALLAH, DIA akan memberi lebih apa yang kita perlukan!


P/S: Jika ingin kaya berniagalah dengan ALLAH sama ada melalui zakat atau sedekah!

Sunday 23 October 2011

: Tenggelam:

Bismillahirahmanirahim...


Entah mengapa pagi ini saya berasa tidak tenteram.

Lama berfikir... barulah saya sedar...  bahawa saya mulai 'tenggelam' dalam...........

Hati saya mula berkata-kata:

'Mengapa saya rasa tidak tenteram?'
'Mengapa saya tidak lagi berasa lapang seprti biasa?'
'Apakah yang telah saya lakukan?'


Pagi ini saya tidak mampu fokus untuk meneruskan kerja saya seperti biasa. Terbayang2 'mainan' yang saya lakukan itu. Sudah banyak kali rupanya... tapi mengapa saya masih tidak sedar?

Mata saya mula mengundang manik2 halus. Tubir mata mula terasa berat. Tapi saya cepat2 tepis agar tidak jatuh. Malu jika sahabat2 lain melihatnya. Ketika itu, saya mula berasa malu. Malu pada yang Esa.  Maafkan saya ya ALLAH... saya telah lalai... sesungguhnya saya cuba untuk menghindarinya. Namun adakalanya saya gagal.

Sehinggalah pada pagi ini hati saya dijentik dengan perasaan sayu dan berdosa! Ampunilah saya ya ALLAH.. saya gagal berjuang. Tetapi saya akan cuba bangkit semula. Biarlah saya tidak lagi dapat kecapi 'rasa itu' tapi saya tidak rela jika hidup saya KAU murkai. Di mana tempat saya bila KAU mula mengabaiakan saya.. :(

Emak... ayah.. maaf saya... saya lalai.. hanya doa emak sebagai kekuatan saya untuk terus mengharungi mehnah ini. Ya.. saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya yakin... ini adalah ujian buat saya.. cuma saya perlu kuat untuk menghadapainya.

Adakah ujian akan menjanjikan bahagia buat saya.YA! saya yakin.. rencana ALLAH itu lebih hebat daripada segalanya.. Tugas saya, hanya  menerima.

Saya juga yakin, sesat tidak bererti saya tidak akan menemui jalan pulang. Bahkan, saya akan berusaha untuk kembali semula.

Terima kasih ALLAH... jangan KAU palingkan hidayah ini setelah KAU berikan kepada ku...

Saya bersyukur pada hari ini kerana:

ALLAH telah 'menyelamatkan' saya
di kala saya hampir 'lemas'......


TERIMA KASIH ALLAH!

Thursday 6 October 2011

Itu Bukan Saya....

Betulkah saya :

1) G..........
2) T..........
3) K.........

Terima kasih Kepada yang menegur.....

Muhasabah plese...... N